Thursday 24 May 2012

Video Berkumpulan ( Tajuk: Pemergian)

JENIS KAMERA: JVC Evario (45x Dynamic Zoom)- Handycam
SOFTWARE: MOVIE MAKER 2.6
LOKASI PENGAMBARAN: TAMAN PANTUN UKM,TANAH PERKUBURAN SG RAMAL KAJANG, KOLEJ BURHANUDIN
TAJUK: PEMERGIAN MU









Monday 14 May 2012

ISU- KEMUDAHAN TEKNOLOGI SEBAB PELAJAR MENJADI MALAS?


Pada zaman teknologi yang serba canggih ini penggunaan teknologi bagi setiap individu telah menjadi satu kemestian dan merupakan kepentingan dalam menjalani urusan harian. Baik mereka yang menetap dikawasan bandar mahupun luar bandar.Kemajuan teknologi pasa masa kini telah menjadi keperluan bagi semua peringkat umur. Namun hal demikian kecanggihan teknologi ini mempunyai beberapa kesan negatif  terutama dikalangan remaja iaitu mereka yang begelar pelajar. Apa yang dapat diperhatikan , kebanyakan para pelajar pada masa kini begitu malas terutama dalam menyelesaikan tugasan yang diberi oleh pensyarah. Kebanyak mereka hanya mengharapkan bahan belajar daripada sumber  internet semata-mata , jelas dan fakta kebanyakan pelajar masa kini tidak menjadikan perpustakaan sebagai sumber rujukan yang baik bagi menyelesaikan sebarang tugasan yang diberikan. Kemudahan internet pada masa ini yang luas digunakan sehingga 70% sebagai sumber  rujukan dan 30% lagi adalah sumber-sumber lain termasuklah perpustakaan. Hasil tugasan yang diberikan adalah tidak memuaskan kerana kebanyakan sumber bahan yang diperoleh daripada internet adalah tidak tepat dan tidak mencukupi dan pelajar-pelajar hanya meniru bulat-bulat sebagai mana dengan istilah yang selalu didengari ‘’copy and paste’’. Oleh hal demikian ianya mengakibatkan hasil tugasan yang tidak ada originalitinya. Para pelajar perlu sedar kemudahan mendapatkan sumber bahan daripada internet sebenarnya  adalah  untuk rujukan tambahan, ringkas atau sampingan dan ianya perlu juga mendapatkan rujukan mereka yang bertauliah dengan bahan yang diperolehi. Kecanggihan teknologi seperti ini  telah membuktikan beberapa kesan negatif  dan menyebabkan pelajar-pelajar menjadi malas dan hanya bergantung harap kepada teknologi semata-semata .

Sunday 13 May 2012

PROJEK KITAR SEMULA

BAKUL SAMPAH YANG DIPERBUAT DARIPADA BOTOL AIR MINERAL 1.5L

BAHAN: 1) BOTOL AIR KOSONG 1.5L
              2) CAT SEMBUR ( WARNA HITAM)
ALATAN:1) GUNTING
              2) PISAU
              3) STEPLER















 AKHIRNYA........




Friday 11 May 2012

10 VIDEO BERASASKAN INOVASI DAN TEKNOLOGI




AWESOME TREE CUTTER MACHINE



HOW TO MAKE LAVA LAMP EASILY

                                          


PASSIONATE INNOVATION 



THE SOLAR BOTTLE BULB

                                          


    MONSTER MACHINE                                                                           



HOW TO MAKE AN EXPLODING PEN

                                         

                                                                   

                                                                       PIANO STAIRS




MAGIC SAND




INSTANT GOLD MACHINE 

  




FUTURE- ROLLTOP


Thursday 10 May 2012

Rolls Royce Phantom




Khusus untuk golongan kaya, Rolls-Royce semalam memperkenalkan limosin paling mewah menggunakan kuasa elektrik.
Rolls Royce Phantom berwarna hijau berkilat itu tidak mengeluarkan sebarang asap dan hanya menggunakan minyak sebanyak 10 sen untuk perjalanan sejauh 1.6 kilometer, berbanding RM2 bagi Phantom biasa. Orang ramai boleh menikmati penjimatan itu hanya jika mereka mampu membeli kereta berkenaan yang harganya hampir RM4.9 juta.
Model berkenaan yang diberi nama Phantom EX102 dipamerkan buat kali pertama di Pertunjukan Motor Geneva.

Limosin berkenaan juga menjadi kereta penumpang yang mempunyai bateri kereta paling besar di dunia dan boleh mencapai kelajuan 96 kilometer sejam dalam masa lapan saat meskipun kelajuan maksimumnya ialah 200 kilometer sejam, Kelajuan maksimum model Phantom biasa ialah 245 kilometer sejam. Bateri Phantom EX102 mempunyai jangka hayat tiga tahun jika digunakan dan dicas semula setiap hari.

Microsoft Express Mouse

BERBEKALKAN harganya yang murah dan rekaan futuristik, Microsoft menghasilkan satu model tetikus comel melalui Express Mouse, selesa dan memudahkan pergerakan tangan.
Tetikus yang diperkenalkan oleh gergasi perisian terkemuka dunia sememangnya menjadi model paling menyeronokkan kerana ia hebat untuk menjadi perkakasan baru dalam dunia teknologi maklumat (IT).

Spesifikasi


PRODUK: Microsoft Express Mouse
HARGA: RM19.95
WARNA: merah, kelabu
TEKNOLOGI: BlueTrack
KEPERLUAN SISTEM: Windows atau Macintosh
OS DIPERLUKAN: Windows 7, Windows Vista, Windows XP
RUANG: 100 MB
SAMBUNGAN: Port USB
SAIZ: 764 x 96.5mm



Projector Ricoh Soleil PJWX4130N


PENGELUAR perkakasan teknologi pejabat, Ricoh melancarkan projektor yang memancar imej terus ke dinding paling dekat di dunia menerusi model Soleil PJ WX4130N yang boleh diletakkan pada jarak hanya 11.7 sentimeter (cm) dari dinding.
Penolong Pengurus Besar Pemasaran Ricoh Malaysia Sdn Bhd, Lim Choon Weng berkata, projektor jarak dekat terbabit menjadi segmen baru syarikatnya yang menjangkakan penguasaan pasaran hingga 12 peratus menjelang 2014.

“Saiz pengeluaran projektor dijangka mencecah 131,000 unit pada 2014 berbanding 51,000 pada 2010 yang didorong segmen baru ini (projektor jarak dekat),” katanya ketika pelancaran model Soleil di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Pengurus Pemasaran Ricoh, Margaret Mo.
Menurutnya, beberapa jenama menguasai pasaran projektor pada 2010 termasuk Panasonic, BenQ, InFocus, NEC dan Optoma yang belum mengeluarkan produk dari segmen ini.


“Projektor jarak dekat dijangka mencecah 1.1 juta unit pada 2015 berbanding 600,000 unit tahun lalu dengan jumlah peningkatan 11, 13 dan 15 peratus dari tahun ke tahun,” katanya.

Pasaran projektor jarak dekat disasarkan kepada industri pendidikan, bilik mesyuarat kecil, peruncitan, kerajaan dan acara.

Projektor kompak seberat tiga kilogram itu menjimatkan 25 peratus tenaga berbanding projektor tradisional. Ia turut dilengkapi slot USB dan HDMI yang dijual pada harga RM6,689