Thursday, 24 May 2012

Video Berkumpulan ( Tajuk: Pemergian)

JENIS KAMERA: JVC Evario (45x Dynamic Zoom)- Handycam
SOFTWARE: MOVIE MAKER 2.6
LOKASI PENGAMBARAN: TAMAN PANTUN UKM,TANAH PERKUBURAN SG RAMAL KAJANG, KOLEJ BURHANUDIN
TAJUK: PEMERGIAN MU









Monday, 14 May 2012

ISU- KEMUDAHAN TEKNOLOGI SEBAB PELAJAR MENJADI MALAS?


Pada zaman teknologi yang serba canggih ini penggunaan teknologi bagi setiap individu telah menjadi satu kemestian dan merupakan kepentingan dalam menjalani urusan harian. Baik mereka yang menetap dikawasan bandar mahupun luar bandar.Kemajuan teknologi pasa masa kini telah menjadi keperluan bagi semua peringkat umur. Namun hal demikian kecanggihan teknologi ini mempunyai beberapa kesan negatif  terutama dikalangan remaja iaitu mereka yang begelar pelajar. Apa yang dapat diperhatikan , kebanyakan para pelajar pada masa kini begitu malas terutama dalam menyelesaikan tugasan yang diberi oleh pensyarah. Kebanyak mereka hanya mengharapkan bahan belajar daripada sumber  internet semata-mata , jelas dan fakta kebanyakan pelajar masa kini tidak menjadikan perpustakaan sebagai sumber rujukan yang baik bagi menyelesaikan sebarang tugasan yang diberikan. Kemudahan internet pada masa ini yang luas digunakan sehingga 70% sebagai sumber  rujukan dan 30% lagi adalah sumber-sumber lain termasuklah perpustakaan. Hasil tugasan yang diberikan adalah tidak memuaskan kerana kebanyakan sumber bahan yang diperoleh daripada internet adalah tidak tepat dan tidak mencukupi dan pelajar-pelajar hanya meniru bulat-bulat sebagai mana dengan istilah yang selalu didengari ‘’copy and paste’’. Oleh hal demikian ianya mengakibatkan hasil tugasan yang tidak ada originalitinya. Para pelajar perlu sedar kemudahan mendapatkan sumber bahan daripada internet sebenarnya  adalah  untuk rujukan tambahan, ringkas atau sampingan dan ianya perlu juga mendapatkan rujukan mereka yang bertauliah dengan bahan yang diperolehi. Kecanggihan teknologi seperti ini  telah membuktikan beberapa kesan negatif  dan menyebabkan pelajar-pelajar menjadi malas dan hanya bergantung harap kepada teknologi semata-semata .

Sunday, 13 May 2012

PROJEK KITAR SEMULA

BAKUL SAMPAH YANG DIPERBUAT DARIPADA BOTOL AIR MINERAL 1.5L

BAHAN: 1) BOTOL AIR KOSONG 1.5L
              2) CAT SEMBUR ( WARNA HITAM)
ALATAN:1) GUNTING
              2) PISAU
              3) STEPLER















 AKHIRNYA........




Friday, 11 May 2012

10 VIDEO BERASASKAN INOVASI DAN TEKNOLOGI




AWESOME TREE CUTTER MACHINE



HOW TO MAKE LAVA LAMP EASILY

                                          


PASSIONATE INNOVATION 



THE SOLAR BOTTLE BULB

                                          


    MONSTER MACHINE                                                                           



HOW TO MAKE AN EXPLODING PEN

                                         

                                                                   

                                                                       PIANO STAIRS




MAGIC SAND




INSTANT GOLD MACHINE 

  




FUTURE- ROLLTOP


Thursday, 10 May 2012

Rolls Royce Phantom




Khusus untuk golongan kaya, Rolls-Royce semalam memperkenalkan limosin paling mewah menggunakan kuasa elektrik.
Rolls Royce Phantom berwarna hijau berkilat itu tidak mengeluarkan sebarang asap dan hanya menggunakan minyak sebanyak 10 sen untuk perjalanan sejauh 1.6 kilometer, berbanding RM2 bagi Phantom biasa. Orang ramai boleh menikmati penjimatan itu hanya jika mereka mampu membeli kereta berkenaan yang harganya hampir RM4.9 juta.
Model berkenaan yang diberi nama Phantom EX102 dipamerkan buat kali pertama di Pertunjukan Motor Geneva.

Limosin berkenaan juga menjadi kereta penumpang yang mempunyai bateri kereta paling besar di dunia dan boleh mencapai kelajuan 96 kilometer sejam dalam masa lapan saat meskipun kelajuan maksimumnya ialah 200 kilometer sejam, Kelajuan maksimum model Phantom biasa ialah 245 kilometer sejam. Bateri Phantom EX102 mempunyai jangka hayat tiga tahun jika digunakan dan dicas semula setiap hari.

Microsoft Express Mouse

BERBEKALKAN harganya yang murah dan rekaan futuristik, Microsoft menghasilkan satu model tetikus comel melalui Express Mouse, selesa dan memudahkan pergerakan tangan.
Tetikus yang diperkenalkan oleh gergasi perisian terkemuka dunia sememangnya menjadi model paling menyeronokkan kerana ia hebat untuk menjadi perkakasan baru dalam dunia teknologi maklumat (IT).

Spesifikasi


PRODUK: Microsoft Express Mouse
HARGA: RM19.95
WARNA: merah, kelabu
TEKNOLOGI: BlueTrack
KEPERLUAN SISTEM: Windows atau Macintosh
OS DIPERLUKAN: Windows 7, Windows Vista, Windows XP
RUANG: 100 MB
SAMBUNGAN: Port USB
SAIZ: 764 x 96.5mm



Projector Ricoh Soleil PJWX4130N


PENGELUAR perkakasan teknologi pejabat, Ricoh melancarkan projektor yang memancar imej terus ke dinding paling dekat di dunia menerusi model Soleil PJ WX4130N yang boleh diletakkan pada jarak hanya 11.7 sentimeter (cm) dari dinding.
Penolong Pengurus Besar Pemasaran Ricoh Malaysia Sdn Bhd, Lim Choon Weng berkata, projektor jarak dekat terbabit menjadi segmen baru syarikatnya yang menjangkakan penguasaan pasaran hingga 12 peratus menjelang 2014.

“Saiz pengeluaran projektor dijangka mencecah 131,000 unit pada 2014 berbanding 51,000 pada 2010 yang didorong segmen baru ini (projektor jarak dekat),” katanya ketika pelancaran model Soleil di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Pengurus Pemasaran Ricoh, Margaret Mo.
Menurutnya, beberapa jenama menguasai pasaran projektor pada 2010 termasuk Panasonic, BenQ, InFocus, NEC dan Optoma yang belum mengeluarkan produk dari segmen ini.


“Projektor jarak dekat dijangka mencecah 1.1 juta unit pada 2015 berbanding 600,000 unit tahun lalu dengan jumlah peningkatan 11, 13 dan 15 peratus dari tahun ke tahun,” katanya.

Pasaran projektor jarak dekat disasarkan kepada industri pendidikan, bilik mesyuarat kecil, peruncitan, kerajaan dan acara.

Projektor kompak seberat tiga kilogram itu menjimatkan 25 peratus tenaga berbanding projektor tradisional. Ia turut dilengkapi slot USB dan HDMI yang dijual pada harga RM6,689

C-1 Motorsikal Imbangan Pintar


LIT Motors memperkenalkan C-1; motosikal dengan imbangan pintar. Kemunculan C-1 dipasaran masih tidak diketahui , mungkin di Malaysia C-1 masih perlu dipertimbangkan untuk berada di atas jalanraya kerana ciri-cirinya seakan kereta adalah tidak bersesuaian untuk begerak diatas jalanraya dan jikainya dikelasifikasikan sebagai motor, adakah penunggangnya perlu mengikut laluan motor dilebuhraya? .Teknologi yang ada pada C-1 tidak perlu ditongkatkan  dan ciri-ciri keselamatan yang tinggi berbanding dengan motosikal yang ada pada masa kini yang terdedah pada hujan dan panas serta risiko kecederaan yang tinggi apabila ia jatuh. Namun dari segi kawalan C-1 ini mungkin agar sukar dan memerlukan kerajaan mengeluarkan lesen khas baru bagi motorsikal mempunyai spesifikasi begini.



Kasut Bola Sepak Pintar

Adidas Malaysia Sdn Bhd mempertontonkan kasut bola sepak pintar pertama di dunia, ‘adizero F50′ yang dilengkapi peranti pintar dikenali sebagai ‘miCoach Speed Cell’, yang membolehkan pemain bola sepak merekodkan kepantasan, jarak yang diliputi dan kadar kerja dalam perlawanan atau sesi latihan.

Pelancaran kasut itu, yang diberi jolokan ‘kasut dilengkapi minda’ peringkat global diadakan di United Kingdom pada November lalu oleh pemain terkemuka dari Argentina, Lionel Messi.
Pengurus Pemasaran Jenama dan Sukan Adidas Malaysia, Bryan Gee berkata, kasut itu adalah yang paling ringan dalam kelasnya, dengan berat hanya 165g, namun paling pintar yang pernah dihasilkan oleh syarikat pengeluar kelengkapan sukan itu.
“miCoach menjadikan kasut ini sebagai alat latihan digital paling maju yang membolehkan pemain bola sepak mengesan dan memuat naik data prestasi mereka termasuk kepantasan, jumlah pecutan, jarak dan jarak pada tahap intensiti tinggi,” katanya selepas majlis pelancaran kasut berkenaan di Pusat Sukan NPNG di Damansara Damai, dekat sini semalam.
Gee berkata miCoach dilengkapi alat pengesan yang boleh ditanggalkan di bahagian dalam kasut yang membolehkan pengguna memindahkan semua maklumat semasa perlawanan bola sepak dan sesi latihan ke komputer, telefon pintar atau tablet mereka menerusi teknologi Bluetooth binaan dalam.
 Peranti berkenaan, dengan saiz sebesar pemacu pena, diletakkan di dalam tapak kasut itu, yang juga boleh digunakan dalam kasut lain keluaran Adidas, misalnya bagi sukan bola keranjang dan larian.
Kasut yang dilengkapi dengan miCoach kini boleh didapati di semua kedai Adidas Sports Performance yang mengambil bahagian dan menawarkan lima pilihan warna pada harga RM780 sepasang.
Peranti ‘miCoach’ yang terdiri daripada Speed Cell dan peranti pintar dongle turut dijual berasingan dan boleh dibeli pada harga RM299 bagi platform iPod dan iPhone serta RM260 bagi platform komputer peribadi serta Mac.

Jam Tangan Serbaguna

Di Consumer Electronics Show (CES) 2012, jam tidak hanya berfungsi sebagai alat penunjuk waktu. Namun, ianya juga menjadi alat untuk melihat notifikasi Facebook dan Twitter, bahkan berinternet. Internet memang telah menjadi pengisian dalam bentuk smartphone, tablet, televisio, tapi belum pernah pada jam.

Hal itu yang terlihat dalam booth milik Sony. Raksasa elektronik asal Jepang itu mengenalkan alat bernama SmartWatch, yang memang pintar kerana dapat digunakan untuk melihat email, muzik, website, Twitter dan Facebook dan lain-lain.

Jam milik Sony itu kecil. Bentuknya segi empat sama. Rekabentuknya juga ringkas. Ianya dibekalkan  ''touch screen'' seperti  iPod Nano dan jangka hayat sepanjang 4 hari untuk sekali cas.


Tuesday, 8 May 2012

Samsung Galaxy S3




Selain daripada saiz Samsung Galaxy S3 yang 0.5 inci lebih besar daripada Galaxy S2, Galaxy S3 didatangkan dengan beberapa peningkatan lain seperti dalam jadual di bawah menjadikannya antara telefon pintar yang hebat berbanding yang lain.

Samsung Galaxy S3
Samsung Galaxy S2
Saiz skrin
4.8" HD Super AMOLED
4.3" WVGA SUPER AMOLED Plus
OS
Android Platform 4.0 (ICS)
Android Platform 2.3 (Gingerbread)
RAM
1 GB
1 GB
Processor
1.4 GHz Quad-Core
1.2 GHz Dual-Core
Kamera Belakang
8 Megapixel
8 Megapixel
Kamera Depan
1.9 Megapixel
2 Megapixel
Bateri
2100mAh
1650mAh
Selain daripada itu, Samsung Galaxy S3 juga didatangkan dengan beberapa fungsi pintar baru yang tidak terdapat pada Samsung Galaxy S2. Dengan fungsi pintar tambahan ini menjadikan Galaxy S3 sebuah peranti Android yang berbeza dan unik berbanding pencabarnya.
Smart Stay
Dengan fungsi Smart Stay, skrin telefon pintar S3 ini akan kekal dalam keadaan cerah selagi mana mata pengguna memandang ke arah skrin secara tepat. Satu ciri yang sangat pintar, seolah-olah Samsung Galaxy S3 ini ‘hidup’ dan ‘berakal’.

Kasut Terapi

Sandal atau Selipar yang selalu kite gunakan pada kaki kita untuk melindungi kaki kita semasa berjalan telah diinovasikan dengan ciri-ciri rawatan kesihatan secara elektrik. Produk ini amat mudah digunakan ,pengguna hanya perlu memakai seperti memakai kasut tetapi dalam masa yang sama tanpa disedari proses rawatan sedang dijalankan melalui tapak kaki si pemakai.

Antara kelebihannya adalah:


1.Menggalakkan peredaran darah dan menghilangkan keletihan.
2. Menggalakkan keseimbangan endokrin, sokongan kecantikan otot.
3.Merangsang sel-sel untuk menghasilkan tenaga dan mencegah penuaan.
4.Menguatkan imuniti badan, mencegah penyakit.
5.Memperbaiki kualiti tidur dan melepaskan ketegangan saraf.
6.Membuang bahan buangan dan toksin badan.



Sunday, 6 May 2012

Rokok Elektronik

Rokok merupakan salah satu keperluan pada masa kini , keperluan?? Ya! iannya merupakan keperluan bagi mereka penghisap rokok tegar.Oleh hal demikian pelbagai kesan buruk berlaku antara yang jelas adalah memudaratkan kesihatan serta kos yang tinggi. Boleh dikatakan secara puratanya seorang perokok tegar perlu membelanjakan wang sehingga RM500 untuk menampung keperluan rokoknya dalam tempoh sebulah. Dengan adanya teknologi inovasi pada masa kini, rokok elektronik ini dicipta bagi mengurangkan masalah dikalangan perokok tegar ini.


Multi-Storey Car Park


Mungkin sebahagian daripada anda, tidak mengetahu teknologi sistem tempat letak kenderaan bertingkat ini, Sistem ini adalah amat canggih dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi.Selain itu dapat menjimatkan masa.Sistem ini boleh didapati di Terengganu satu-satunya lokasi pertama yang menggunakan sistem ini di Malaysia.

Anda hanya memandu pada kotak yang disediakan dan tinggalkan kereta anda ,dan hanya perlu mengambil tiket. Walaubagaimana pun sebahagian daripada mereka masih ragu-ragu dan tidak yakin dengan sistem tempat letak kenderaan ini.