PENGELUAR perkakasan teknologi pejabat, Ricoh melancarkan projektor yang memancar imej terus ke dinding paling dekat di dunia menerusi model Soleil PJ WX4130N yang boleh diletakkan pada jarak hanya 11.7 sentimeter (cm) dari dinding.
Penolong Pengurus Besar Pemasaran Ricoh Malaysia Sdn Bhd, Lim Choon Weng berkata, projektor jarak dekat terbabit menjadi segmen baru syarikatnya yang menjangkakan penguasaan pasaran hingga 12 peratus menjelang 2014.
“Saiz pengeluaran projektor dijangka mencecah 131,000 unit pada 2014 berbanding 51,000 pada 2010 yang didorong segmen baru ini (projektor jarak dekat),” katanya ketika pelancaran model Soleil di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Pengurus Pemasaran Ricoh, Margaret Mo.
Menurutnya, beberapa jenama menguasai pasaran projektor pada 2010 termasuk Panasonic, BenQ, InFocus, NEC dan Optoma yang belum mengeluarkan produk dari segmen ini.
“Projektor jarak dekat dijangka mencecah 1.1 juta unit pada 2015 berbanding 600,000 unit tahun lalu dengan jumlah peningkatan 11, 13 dan 15 peratus dari tahun ke tahun,” katanya.
Pasaran projektor jarak dekat disasarkan kepada industri pendidikan, bilik mesyuarat kecil, peruncitan, kerajaan dan acara.
Projektor kompak seberat tiga kilogram itu menjimatkan 25 peratus tenaga berbanding projektor tradisional. Ia turut dilengkapi slot USB dan HDMI yang dijual pada harga RM6,689


No comments:
Post a Comment