Pelancaran
kasut itu, yang diberi jolokan ‘kasut dilengkapi minda’ peringkat
global diadakan di United Kingdom pada November lalu oleh pemain
terkemuka dari Argentina, Lionel Messi.
Pengurus
Pemasaran Jenama dan Sukan Adidas Malaysia, Bryan Gee berkata, kasut
itu adalah yang paling ringan dalam kelasnya, dengan berat hanya 165g,
namun paling pintar yang pernah dihasilkan oleh syarikat pengeluar
kelengkapan sukan itu.
“miCoach
menjadikan kasut ini sebagai alat latihan digital paling maju yang
membolehkan pemain bola sepak mengesan dan memuat naik data prestasi
mereka termasuk kepantasan, jumlah pecutan, jarak dan jarak pada tahap
intensiti tinggi,” katanya selepas majlis pelancaran kasut berkenaan di
Pusat Sukan NPNG di Damansara Damai, dekat sini semalam.
Gee
berkata miCoach dilengkapi alat pengesan yang boleh ditanggalkan di
bahagian dalam kasut yang membolehkan pengguna memindahkan semua
maklumat semasa perlawanan bola sepak dan sesi latihan ke komputer,
telefon pintar atau tablet mereka menerusi teknologi Bluetooth binaan
dalam.
Peranti berkenaan, dengan saiz sebesar pemacu pena, diletakkan
di dalam tapak kasut itu, yang juga boleh digunakan dalam kasut lain
keluaran Adidas, misalnya bagi sukan bola keranjang dan larian.
Kasut
yang dilengkapi dengan miCoach kini boleh didapati di semua kedai
Adidas Sports Performance yang mengambil bahagian dan menawarkan lima
pilihan warna pada harga RM780 sepasang.
Peranti
‘miCoach’ yang terdiri daripada Speed Cell dan peranti pintar dongle
turut dijual berasingan dan boleh dibeli pada harga RM299 bagi platform
iPod dan iPhone serta RM260 bagi platform komputer peribadi serta Mac.


No comments:
Post a Comment