Pada zaman teknologi yang serba canggih ini penggunaan
teknologi bagi setiap individu telah menjadi satu kemestian dan merupakan
kepentingan dalam menjalani urusan harian. Baik mereka yang menetap dikawasan bandar
mahupun luar bandar.Kemajuan teknologi pasa masa kini telah menjadi keperluan
bagi semua peringkat umur. Namun hal demikian kecanggihan teknologi ini
mempunyai beberapa kesan negatif terutama
dikalangan remaja iaitu mereka yang begelar pelajar. Apa yang dapat
diperhatikan , kebanyakan para pelajar pada masa kini begitu malas terutama
dalam menyelesaikan tugasan yang diberi oleh pensyarah. Kebanyak mereka hanya
mengharapkan bahan belajar daripada sumber internet semata-mata , jelas dan fakta
kebanyakan pelajar masa kini tidak menjadikan perpustakaan sebagai sumber
rujukan yang baik bagi menyelesaikan sebarang tugasan yang diberikan. Kemudahan
internet pada masa ini yang luas digunakan sehingga 70% sebagai sumber rujukan dan 30% lagi adalah sumber-sumber
lain termasuklah perpustakaan. Hasil tugasan yang diberikan adalah tidak
memuaskan kerana kebanyakan sumber bahan yang diperoleh daripada internet
adalah tidak tepat dan tidak mencukupi dan pelajar-pelajar hanya meniru
bulat-bulat sebagai mana dengan istilah yang selalu didengari ‘’copy and paste’’.
Oleh hal demikian ianya mengakibatkan hasil tugasan yang tidak ada
originalitinya. Para pelajar perlu sedar kemudahan mendapatkan sumber bahan
daripada internet sebenarnya adalah untuk rujukan tambahan, ringkas atau sampingan
dan ianya perlu juga mendapatkan rujukan mereka yang bertauliah dengan bahan
yang diperolehi. Kecanggihan teknologi seperti ini telah membuktikan beberapa kesan negatif dan menyebabkan pelajar-pelajar menjadi malas
dan hanya bergantung harap kepada teknologi semata-semata .
Teknologi memang memudahkan. Cuma kini masalahnya para pelajar sudah terlalu malas menggerakkan minda kerana sudah ada perisian yang membuat kerja untuk mereka.
ReplyDeleteJika dahulunya pelajar terpaksa bersusah-payah membelek buku teks dan membina program sendiri menggunakan perisian seperti Pascal dan Fortran, kini kebanyakan perisian sudah tersedia untuk para pelajar. Jawapan boleh didapati semudah menekan kekunci sahaja.
Contoh paling mudah : Matematik. Kemalasan pelajar untuk mencongak memang jelas pada masa kini. Apabila diminta menambahkan nombor tiga angka, contohnya 123 + 456, terus dikeluarkan kalkulator. Padahal, masalah ini cukup mudah untuk dicongak sendiri.
Bukan mengatakan teknologi ini buruk. Akan tetapi, kita sebagai warga akademik sepatutnya membangunkan ilmu sejajar dengan teknologi yang digunakan.
Dengan analogi kalkulator tadi, bayangkan satu hari nanti kita tidak ada kalkulator - sudah tentu perlu congak sendiri dengan pensil dan kertas, bukan? Asas itu penting. Dengan asas itulah terbina teknologi.
Sekian. (:
P/S: Buat tuan punya blog, maaf komentarnya panjang.
Setuju dengan isu yang diutarakan.Kemudahan teknologi menjadi jalan pintas bagi kebanyakan pelajar untuk mencari sumber rujukan lebih-lebih lagi kehidupan di universiti amnya yang terlalu sibuk menyebabkan pelajar mencari sumber yang pantas dan mudah untuk diperolehi.
ReplyDeleteTetapi bergantung kepada keadaan,sesetengah bahan rujukan tidak mudah didapati di perpustakaan lebih-lebih lagi buku keluaran terbaru dan keluaran luar negara yang harganya lebih mahal berbanding buku-buku di Malaysia.Jadi,penggunaan internet lebih mudah dan sumbernya juga boleh dipercayai jika diambil dari website-website yang sememangnya diwujudkan untuk tujuan ilmiah.
Sekian.pandangan peribadi..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAmat setuju. jika ingin dibandingkan pelajar sekarang, mereka mudah alpa dan lalai terhadap pelajaran dek kemudahan teknologi seperti internet. Dengan melayari internet,mereka mungkin boleh menghabiskan masa hampir setengah hari dengan adanya perkhidmatan jaringan sosial yang semakin menular pada zaman sekarang. Tetapi ada segelintir pelajar yang masih berjaya mengawal diri dengan segala kemudahan ini. Tahniah diucapkan kepada mereka.
ReplyDeleteSekian terima kasih daun keladi..:)))
Saya setuju dengan isu tersebut kerana realiti pelajar universiti zaman kini lebih suka melayari internet berbanding mentelaah buku-buku yang tebal di perpustakaan. Walaupun demikian, setiap pelajar yang mencari maklumat di dalam internet perlulah menapis setiap maklumat tersebut dengan pensyarah dan guru-guru yang lebih mengetahui kebenaran maklumat tersebut.
ReplyDeleteSelain itu, setiap pelajar harus bijak dalam memilih setiap maklumat yang ada di dalam internet. Mereka tidak sepatutnya mengambil maklumat 100% sama dengan maklumat di dalam internet. Hal ini kerana kadang-kadang maklumat yang ditaip di dalam mana-mana blog tidak tepat kesahihannya.
Sekian. :)
Nama: Siti Zaharah Binti Mohd Tumari
Matrik: A132516
teknologi sangatlah berguna dalam kehidupan kita, termasuklah pelajar sendiri. di dalam isu ini, tiada guna menuding jari ke arah kemudahan teknologi itu sendiri, sebaliknya manusia yang menyalahgunakan kemudahan teknologi itu. sudah menjadi tabiat manusia inginkan sesuatu yang mudah dan cepat. oleh sebab itu, pelajar cenderung memilih teknologi sebagai medium pembelajaran tercepat mereka daripada memimjam buku dan membacanya sebagai contoh.
ReplyDeleteSekali lagi,kemudahan teknologi tiada salahnya. Sikap malas ini berpunca daripada attitude pelajar itu sendiri.
terima kasih.
pada saya, penggunaan teknologi sememangnya dicipta untuk memudahkan kehidupan seharian serta meringankan beban individu. Teknologi harus dimaksimakan penggunaannya agar memberi manfaat sepenuhnya. pelajar menjadi malas kerana teknologi itu mungkin kerana kurangnya bimbingan daripada orang tua atau yang lebih bertanggungjawab. sikap malas pelajar tidak boleh menyalahkan teknologi kerana itu berkait dengan motivasi diri.
ReplyDeletenama : azri abdullah
no. matriks : A133875
Pada saya,isu yang diutarakan oleh penulis ada benarnya.Kemajuan teknologi pada zaman sekarang telah membuat pelajar-pelajar baik daripada sekolah rendah mahupun mahasiswa menjadi malas.Tetapi seharusnya bukanlah teknologi yang harus dipersalahkan sepenuhnya.Kita sendiri yang harus mengawal diri sendiri dalam menggunakan teknologi itu sendiri.
ReplyDeleteSeperti yang diketahui, teknologi memberikan perubahan dan impak besar dalam kehidupan seharian kita. Dapatkah anda bayangkan kehidupan kita tanpa teknologi yang kita nikmati pada hari ini? Remaja tanpa facebook, pelajar tanpa komputer, dunia tanpa satelit.
Seharusnya ada kawalan daripada pihak tertentu seperti ibu bapa,para pendidik dan sebagainya untuk memaksimakan penggunaan teknologi kepada pelajar.
NAMA: NAZATUL ATHIRAH BINTI ABDUL KHALIL
NO MATRIK: A 133487
Salam 1 teknologi dan inovasi,
ReplyDeleteSebetulnya, memang tidak dapat dinafikan, sikap malas dalam diri pelajar itu menular bagaikan wabak. Jika wabak menular, kita perlu mendapatkan vaksin, tetapi jika kemalasan yang melanda, apa yang perlu kita dapatkan? Tepuk dada, tanya minda. Saya sebagai pelajar juga tidak dapat menafikannya, kerana saya sendiri mengalaminya.
Faktor utama yang mendorong sikap malas itu adalah sikap para pelajar itu sendiri. Ya, memang betul, semua orang mempunyai sifat malas di dalam diri mereka. Apa yang membezakan kita semua, bagaimana cara kita menguruskannya. Lihat sahaja bagaimana orang-orang di zaman ketiadaan internet boleh berjaya dengan cemerlang, tetapi kita yang disajikan dengan pelbagai kemudahan teknologi masih tidak mampu menyaingi mereka dari segi usaha.
Jadi, kesimpulannya,fikir-fikirkanlah..
Nama :Ahmad Afiq Bin Khalil
No. matrik:A135374